HARGAI MASA JANGAN DI SIA-SIA

Rabu, 30 Jun 2010

Guru Praktikum Marsah 2010

Selamat Datang
Kepada Guru Pelatih Praktikum Diploma Pengajian Islam
Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah)
Bermula 21 Jun 2010 hingga 27 Ogos 2010

USTAZ MUHAMMAD FAIZAL BIN ZAINUDIN ITHNIN

USTAZ FIRDAUS BIN SELAMAT

USTAZAH NORAZLIN BIN HJ.AMIR

Praktikum tersebut memberi peluang kepada pelajar mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah dibawah bimbingan pensyarah pembimbing. Pelaksanaan program peringkat ini diasaskan kepada ciri perkongsian pintar dan pemuafakatan antara kolej, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Jumaat, 28 Mei 2010

HARI GURU 2010

Sambutan Hari Guru 2010 peringkat sekolah diadakan pada 27 Mei (Khamis). Acara untuk murid dan guru diadakan di dataran kejat dengan sorakan dan sokongan kepada peserta. Bowling padang, meraut lidi penyapu,kerusi beracun dan jalan berhalangan menggamatkan lagi sambutan tersebut dalam cuaca redup dan nyaman. Pelajar juga tidak lupa memberikan cenderamata kenangan kepada guru-guru dengan kad ucapan bertulis " Terima Kasih Cikgu".
Kek Hari Guru dipotong bagi meraikan guru-guru SATSP










Rabu, 31 Mac 2010

UJIAN SETARA 1 / 2010

UJIAN SETARA 1 tahun 2010

TAHAP 1 :
30 MAC 2010 {SELASA} TAUHID & JAWI
31 MAC 2010 {RABU} IBADAT & TAJWID
01 APR 2010 {KHAMIS} AKHLAK & SIRAH
02 APR 2010 {JUMAAT} BAHASA ARAB

TAHAP 2 :
05 APR 2010 {ISNIN} TAUHID & TAJWID
06 APR 2010 {SELASA} IBADAT & SIRAH
07 APR 2010 {RABU } AKHLAK & PEN. MUAMALAT&MUNAKAHAT
08 APR 2010 {KHAMIS} TAFSIR AL-QURAN & BAHASA ARAB

Rabu, 10 Mac 2010

SDEA / SDKA 2009

KEPUTUSAN:
----------------------
(SDEA 2009)
Jumlah calon : 142
Jumlah hadir : 140
Jumlah layak ke darjah khas : 130 calon = 92.86%
Jumlah gagal : 10 calon = 7.14%
GPS sekolah : 2.99
GPS Calun terbaik : 1.44 : Nazura Ainna binti Mohd.Jais
-------------------------------
(SDKA 2009)
Jumlah calon daftar : 140
Jumlah hadir : 138
Pangkat 1 - 33 calon = 23.91%
Pangkat 2 - 40 calon = 28.99%
Pangkat 3 - 16 calon = 11.59%
SAA - 21 calon = 15.22%
Gagal - 28 calon = 20.29%
Peratus keseluruhan 79.71% = 110 lulus
Agregat terbaik 8 : Aliya Fikriyah binti Ruzaimi
k/p : 961112-01-5630

Selasa, 9 Mac 2010

Ucapan Guru Besar



Alhamdulillah,bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya dapat kita bertemu dihalaman ICT. Saya selaku Guru Besar Sekolah Agama Taman Sayong Pinang berbangga kerana dapat mewujudkan laman blog sekolah. Halaman ini disediakan bertujuan memberi maklumat sekolah kepada semua pihak.

Pandangan, cadangan dan saranan yang bernas amat dialu-alukan demi kemajuan sekolah. Tulis pandangan anda diruangan sembang yang disediakan.

Semoga maklumat yang disediakan dalam blog ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada pembaca terutama guru-guru, para pelajar dan ibu bapa .


HJ.ALIAS BIN HJ.HARON



Ahad, 28 Februari 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL



Ahad 28 Februari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431. Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 1431 peringkat Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara telah diadakan bermula jam 8.00 pagi. Di mulai dengan acara perarakan, marhaban,bacaan al-quran dan syarahan agama. Sebanyak 8 pasukan telah menyerti kumpulan selawat dengan berarak membawa sepanduk dan bunga manggar. Sekolah Agama Taman Sayong Pinang menghantar 30 pelajar lelaki dan perempuan menyertai perarakan melalui kawasan perkampungan sejauh 1.5 kilometer. Pihak urusetia telah membuat penilaian setiap pasukan selawat dan mengumumkan SATSP memenangi tempat ketiga selepas Kejora dan S.M.K Bandar Tenggara 2.