HARGAI MASA JANGAN DI SIA-SIA

Ahad, 28 Februari 2010

PERARAKAN MAULIDUR RASUL



Ahad 28 Februari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431. Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 1431 peringkat Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara telah diadakan bermula jam 8.00 pagi. Di mulai dengan acara perarakan, marhaban,bacaan al-quran dan syarahan agama. Sebanyak 8 pasukan telah menyerti kumpulan selawat dengan berarak membawa sepanduk dan bunga manggar. Sekolah Agama Taman Sayong Pinang menghantar 30 pelajar lelaki dan perempuan menyertai perarakan melalui kawasan perkampungan sejauh 1.5 kilometer. Pihak urusetia telah membuat penilaian setiap pasukan selawat dan mengumumkan SATSP memenangi tempat ketiga selepas Kejora dan S.M.K Bandar Tenggara 2.